TESTIMONI BIOVITA
ASMA
"Saya menghidap penyakit asma sejak dari kecil. Semakin usia saya meningkat kekerapan saya mendapat asma adalah semakin tinggi. Akibatnya saya tidak dapat aktif dalam sukan bola sepak yang sangat saya minati. Saya tidak berputus asa dan berpegang pada pepatah "Setiap penyakit ada penawarnya". Saya mula mengamalkan Biovita selama 4 minggu. Hasilnya sungguh menakjubkan kerana penyakit asma hampir tidak menyerang lagi."
Mohd Kassim Baba, 22 tahun.
GASTRIK
"Setiap kali datang bulan Ramadhan saya mula risaukan gastrik yang saya alami selama ini. Apabila sakit gastrik menyerang mengakibatkan saya tidak dapat berjalan. Saya mengambil Biovita selama seminggu sebelum berpuasa. Kini apabila tiba bulan Ramadhan, saya tidak perlu risau lagi kerana yakin dengan kemampuan Biovita membantu menyembuhkan penyakit gastrik."
Fatimah Sitam, 53 tahun.
TESTIMONI GAMAT SEA CUCUMBER JELLY
JERAWAT BATU
"Saya amat malu apabila berhadapan dengan orang ramai disebabkan muka ditumbuhi jerawat batu dan kulit muka agak berlubang-lubang kesan daripada jerawat batu tersebut. Banyak produk yang telah saya cuba, tetapi hasilnya tidak memuaskan hati. Teringin mencuba keistimewaan gamat, saya mencuba Gamat Sea Cucumber Jelly. Hasilnya amat memuaskan hati. Seminggu menggunakannya perubahan yang ketara jelas terpancar di mana jerawat di mana jerawat saya semakin mengecut dan lama-kelamaan tidak lagi kelihatan di muka. Malah pori-pori juga semakin mengecil. Saya tidak lagi malu dan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai."
Edziany Kamaruddin, 20 tahun.
SAKIT ULSER AKIBAT MEROKOK
"Saya merupakan seorang perokok yang kuat. Kesan daripada ketagihan merokok saya menghidap sakit ulser di dalam perut (kandungan asid tinggi di dalam badan). Saya telah diberi sejenis ubat anti-asid bagi mengurangkan ulser oleh seorang doktor tetapi ulser yang saya hadapi masih belum berkurangan. Menggunakan Gamat Sea Cucumber Jelly merupakan satu tindakan yang bijak. Kini saya tidak lagi mengalami kesakitan di dalam perut dan Gamat Sea Cucumber Jelly ternyata berkesan dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi."
Mohd Faizul Ali, 28 tahun.
TESTIMONI NONA MANJA
SAKIT TULANG BELAKANG
"Saya mengalami masalah tulang belakang dan pinggang apabila menjelang pagi. Saya mengetahui maklumat tentang NONA MANJA melalui majalah 'Mingguan Wanita', dan berminat untuk mencubanya. Alhamdulillah, sakit tulang belakang dan pinggang yang saya alami telah sembuh selepas mengamalkan NONA MANJA. Di samping itu, saya juga berasa cergas dan tidak mengantuk lagi semasa di pejabat. Ditambah lagi, NONA MANJA telah meningkatkan hubungan saya dan suami. Terima Kasih NONA MANJA."
Herda Bt. Nahari, 28 Tahun.
SUSAH DAPAT ANAK
"Sudah lama saya dan suami mengimpikan seorang anak bagi menyerikan lagi kehidupan kami suami isteri. Pelbagai ikhtiar yang telah kami lakukan namun kami tetap hampa. Saya mula mengambil NONA MANJA kerana tertarik dengan pepatahnya, iaitu 'Malam Yang bahagia, Siang Yang Ceria'. Ditambah pula dengan 10 sebab kenapa wanita mesti lengkapi diri dengan NONA MANJA. Setelah mencuba 2 botol NONA MANJA, saya mula merasakan kelainan pada diri saya. Waktu itu, saya masih ragu-ragu, namun masih berharap penantian kami bakal berakhir. Alhamdulillah, impian saya bakal menjadi kenyataan. Doktor telah mengesahkan saya sedang hamil. Kegembiraan ni saya kongsikan bersama suami, dan kami hanya menanti kelahiran cahaya mata kami."
Nora Ghazali, 25 Tahun.
KITARAN HAID BERHENTI
"Bagi wanita, kitaran haid yang teratur amat penting bagi mereka . Begitu juga halnya dengan saya. Saya mula mengalami haid terhenti setahun yang lalu. Hal ini menyebabkan saya benar-benar tertekan. Saya mula mencari ikhtiar bagi mengatasi masalah ini. Penemuan saya berakhir apabila saya mula menggunakan produk NONA MANJA. Pada peringkat awal penggunaannya, badan dan pinggang saya berasa sakit selama seminggu. Ini membuatkan saya amat risau dan ia telah mendorong saya berjumpa doktor. Hasil perbincangan dengan doktor tersebut, beliau menyatakan sakit badan dan pinggang tersebut merupakan tanda-tanda awal kedatangan haid. Selepas dua minggu mengambil NONA MANJA, haid saya telah datang seperti biasa. Saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana menemukan saya dengan NONA MANJA."
Zuraina Muhammad, 36 Tahun.
TESTIMONI SILVER NONI
GASTRIK
"Saya telah menggunakan mengkudu bagi mengatasi masalah gastrik saya. Saya telah menggunakan banyak produk mengkudu yang terdapat di pasaran, namun ia agak sukar ditelan kerana baunya yang kurang menyenangkan. Sehinggalah saya mencuba produk mengkudu iaitu SILVER NONI dan ternyata ia kurang berbau dan sedap untuk diminum. Hasilnya cukup menakjubkan. Dalam hanya beberapa minggu, gastrik yang saya hidapi selama ini, hilang begitu sahaja. Alhamdulillah, saya kini boleh berpuasa pada bila-bila masa dan tidak perlu lagi berpantang makanan pedas atau meminum kopi atau teh, SILVER NONI juga turut menghilangkan kelesuan dan meningkatkan kecerdasan fizikal dan mental. Saya amat mengesyorkan SILVER NONI untuk diminum oleh sesiapa sahaja. Ia merupakan makanan tambahan yang amat baik untuk kesihatan."
Dr. Tajul Anuar Jamaluddin, 43 Tahun.
DIABETES
"Saya telah disahkan menghidap penyakit diabetes untuk satu tempoh yang lama. Dan sepanjang tempoh itu jugalah saya terpaksa bergantung pada ubat-ubatan hospital. Alhamdulillah, selepas mengamalkan SILVER NONI secara teratur, saya dapati kandungan gula dalam darah saya dapat dikawal dan saya juga tidak perlu mengambil ubat-ubatan hospital lagi".
Hajah Zawiyah Bt Maidin, 68 Tahun.
MASALAH RESDUNG
"Saya telah menghidapi penyakit resdung semenjak zaman remaja lagi.Banyak ubat yang telah saya cuba, Dan nyata ianya tidak berhasil, sehinggalah saya mencuba SILVER NONI. Kawan saya telah mengesyorkan produk tersebut kepada saya. Kini, penyakit resdung saya beransur pulih."
Abd.Ghapur bin Daud, 57 Tahun.
MASALAH GOUT
"Hampir 5 tahun saya menderita dengan penyakit gout. Saya tidakboleh langsung mengambil makanan laut walaupun sedikit. Ini adalah kerana saya akan mengalami sakit kaki yang teramat sangat sehingga tidak dapat berjalan. Saya terpaksa mengambil ubat penahan sakit bagi mengurangkan sakit yang saya alami. Lama-kelamaan ubat-ubatan yang saya ambil,tidakmemberikesan lagi. Saya dihadiahkan dengan SILVER NONI oleh ibu saya yang tidaktahan dengan penyakit saya ini. Selama 2 minggu saya mengambil SILVER NONI, saya mengalami cirit-birit, tetapi saya tetap meneruskan pengambilan SILVER NONI sehingga habis sebotol. Sebulan kemudian, saya dapati kaki saya tidak lagi sakit walaupun kadang-kala saya makan makanan laut. Saya memang berpuas hati dengan SILVER NONI dan akan terus mengamalkannya."
Asfarina Muhammad, 35 Tahun.
|